Kawan2 ku di Ciba..
Rabu lepas, 4hb okt, rasmi lah sudah ciba mb di jual kepada Clariant. APASAL TAK JUAL PADA ACQUOS, KENAPE JUAL PADA CLARIANT??? manalah aku tau.. ini bukan kita boleh buat ape pun. Kalau dia nak jual pada Arasu Chemical sdn bhd pun kite tak boleh buat ape jugak..
Rata2 suasana muram seolah sebulan dua lepas ni kite semua dah tak ade kerje sebab Clariant dah ada kilang kat M'sia ni. Bukan satu tapi dua bijik. Bagi yg tak tau, kilang masterbatch diaorang ada satu kat Shah Alam dan satu lagi kat Penang, dan diaorang ada 5 bijik company kat malaysia ni berbanding Ciba yg cuma ada satu je. Bagi yang dah ada side business tu, jual burger ke, nasi lemak ke, part-time noreh ke, okeylah sikit, cuma nak kena jadikan kerja fulltime lah pulak lepas ni. Macam aku ni, buat tempe lah jawabnya, itupun kalau bapak aku nak share business ngan aku..
Agaknya kalau Acquos yang beli, kita semua akan berasa aman bahagia dan mula berangan2 tahun depan naik gaji 150% dan bonus yg berbulan2. Aku pun teringin jugak nak pakai 4 trottle. Mana kan tidaknya, Acquos mana ade kilang kat sini, maka kita jadilah anak tunggal diaorang kat Malaysia ni dan bertambah kukuhlah kedudukan kita dan yg penting gerenti tak kena buang kerje sebab nanti sape yg nak jaga mesin2 ni semua, Addenee sorang2 mana larat nak jage.
Itulah logiknya dan aku tak menyalahkan sesape kerana berfikiran begitu. TETAPI... hakikatnya yang sebenar bagaimana? Aku rasa perkara2 asas yang kite semua risau adalah seperti berikut
- Ada lagi ke kerja untuk aku lepas ni?
- Kalau ada, sama ke gaji yg akan aku dapat?
- Ditakdirkan lepas kerja di Clariant selama sebulan, aku kena berenti sebab terlebih orang, aku dikira baru kerje sebulan ke? sebab kat Ciba aku dah kerje hampir 10 tahun?
- Ada ke jaminan kerja kat Clariant sebagaimana yang ada kat Ciba?
.... kandungan seterusnya kena censorred. Rujuk kepada blog master untuk keterangan lanjut.


1 Comments:
Hi esnaini1007, I want to introduce you to http://freearticle.name
Post a Comment
<< Home